Isnin, 15 Ogos 2011

BACALAH!!!!....






















WANITA YG DIRINDUI SYURGA

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita sedangkan dia orang yang beriman, mereka itu pasti akan masuk ke syurga dan tidak akan dianiaya walau sedikit pun.” – Surah an-Nisa’: 124

ALLAH yang Maha Adil telah menjanjikan syurga kepada semua hamba-NYA dengan syarat mestilah beriman dan ikhlas melakukan amal soleh. Insan yang mengorbankan jiwa raga demi menegakkan kebenaran Islam yang suci akan diberikan kedudukan yang tinggi lagi terpuji di sisi-NYA. Meski diuji dengan pelbagai azab yang dahsyat, namun keyakinan kepada ALLAH S.W.T tetap tidak goyah.

43 orang srikandi Islam yang dipaparkan ini terdiri daripada isteri-isteri dan anak Rasulullah s.a.w, isteri Khulafa ar-Rasyidin serta wanita terbilang yang hidup pada zaman baginda. Meskipun jasad mereka telah terkubur, namun segala keperibadian mulia wanita solehah ini terus dikenang kerana teguhnya diri menyayangi Islam. Sama-samalah kita jadikan kekentalan iman dan pengorbanan srikandi ini sebagai teladan dalam melayari kehidupan.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
Demi Cinta Zainab
Maryam Puteri Imran
Kisah Balqis Ratu Saba’
Keutuhan Iman Masyita
Asiah Isteri Firaun yang Beriman
Kisah Aminah Bunga Mawar Quraisy
Fatimah yang Hidup Penuh Kesederhanaan
Diseksa Tidak Mengubah Pendirian Zinnirah
Khadijah Penyuntik Semangat Rasulullah s.a.w
Naelah Gadai Nyawa Demi Khalifah Uthman al-Affan...

~motivasi diri sndiri bc buku nieyh...

SEPTEMBER YG PERTAMA

Gangguan cinta terlarang telah membuatkan Mithali hilang rasa
percaya kepada cinta dan lelaki! Baginya cinta itu jijik, memualkan dan hanyalah nafsu semata-mata. Lelaki pula padanya adalah objek yang harus dijauhi dan dibenci, bukan disayangi.

Namun tiada siapa yang menduga September yang pertama telah merubah seluruh hidupnya. Dia telah bertemu dengan seseorang yang mengajarnya bahawa tiada sesiapa pun dapat menghalang hukum alam apabila dirinya dipilih untuk jatuh cinta tetapi perjalanan untuk bersatu itu bukan mudah.
Gangguan cinta terlarang telah membuatkan Mithali hilang rasa percaya kepada cinta dan lelaki! Baginya cinta itu jijik, memualkan dan hanyalah nafsu semata-mata. Lelaki pula padanya adalah objek yang harus dijauhi dan dibenci, bukan disayangi.

Namun tiada siapa yang menduga September yang pertama telah merubah seluruh hidupnya. Dia telah bertemu dengan seseorang yang mengajarnya bahawa tiada sesiapa pun dapat menghalang hukum alam apabila dirinya dipilih untuk jatuh cinta tetapi perjalanan untuk bersatu itu bukan mudah.tkdir tlh mghalang mereka untuk brsatu.bgaikan tiada jln tuk mereka bersatu,mereka pasrah.ttpi mereka jua tahu,takdir tidak sekejam itu.seprti ADAM n HAWA yg telh dipishkn,mereka jua tlh ditemukan..

~Buku yg dihadiahkn oleh tqa,anis,cuky,fiza smpena befday yg ke 20...


SAAT KAU KATA CINTA

MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar.

Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.


Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.

Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?

>>tiga2 buku ni masih xde kesempatan nk bc....i.allah ade mse nnty hbis jugak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan